Pages

Thursday, January 5, 2012

Lawatan Pelajar-Pelajar Jepun


Seawal hari pertama persekolahan,iaitu 4 Januari 2012 MOZAC menerima lawatan pengantarabangsaan pertama untuk tahun 2012. Lawatan kali ini adalah dari Tokuyama Super Science High School, Yamaguchi Prefecture, Jepun. Ketibaan rombongan disambut paluan kompang. Seterusnya, para pelajar dan guru dari Jepun dibawa ke Pusat Sumber untuk persembahan multimedia dan dikir barat dalam bahasa Jepun. Para pelajar kedua sekolah telah mengadakan aktiviti pertukaran budaya. Mereka juga telah bersama - sama para pelajar MOZAC dalam kelas Fizik untuk membuat Cartesion Diver Experiment. Sebelum pulang, mereka telah dibawa melawat sekitar sekolah.

No comments: