Pages

Pendaftaran Tingkatan Satu


Pada 4 Januari 2012,para pelajar tingkatan satu telah mendaftar sebagai warga MOZAC. Seramai 126 dari 130 pelajar yang ditawarkan tempat di MOZAC telah mendaftar.
Pendaftaran telah dijalankan oleh guru-guru dan penyelaras tingkatan 1. Seterusnya para pelajar mendaftar di asrama dan disambut oleh senior - senior tingkatan 4 & 5 sebagai salah satu program transformasi SBP. Para pelajar akan menjalani minggu silaturrahim yang dijalankan oleh unit bimbingan dan kaunseling. Semoga pelajar baru ini akan terus tabah menjalani kehidupan sebagai warga SBP.

0 comments: