Pages

Thursday, January 5, 2012

Lawatan Ikatan Mesra Ketua Menteri Melaka


Pada 4 Januari 2012, MOZAC amat bertuah kerana telah menerima kunjungan Ketua Menteri Melaka dalam acara Lawatan Ikatan Mesra Pemimpin bersama warga sekolah.
Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam, telah memberi ucapan kepada pelajar-pelajar tingkatan satu. Sejurus selepas itu Datuk Seri telah diberi sedikit taklimat tentang MOZAC, dan sempat melihat program bersama-sama pelajar dari Jepun di makmal Fizik.Ketua Menteri Melaka juga memberi peruntukan mengecat bangunan sekolah, baik pulih asrama dan tambahan bangunan baru kepada MOZAC. Seluruh warga MOZAC mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan tersebut dan atas peruntukan yang diberikan.

No comments: