Wednesday, November 18, 2009

LDP - Perlaksanaan Sistem Semester 2010

LDP ini telah diadakan pada 18/11/2009 di Lake Garden Resort mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 Ptg.Diakhir sessi telah diadakan pembentangan untuk menunjukan bagaimana sistem ini akan dilaksanakan untuk tahun depan.

Tuesday, November 17, 2009

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

Sekolah akan dilawati oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk SBT. Berikut adalah dokumen SBT
HIGH PERFORMING SCHOOLS

Selamat Berjuang-Tingkatan 5 2009


Pyzam Glitter Text Maker

Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts



Mesyuarat Guru terakhir Tahun 2009


Mesyuarat Guru kali terakhir telah diadakan pada hari ini 17/11/2009. Jam 12.30 tgh
Membincangkan perkara-perkara berikut
1.Seluruh warga mozac mengucapan jutaan terimakasih kepada Pn Nursinar Suria atas
khidmat bakti yang telah berkhidmat disekolah ini.Beliau akan mengambil cuti
tanpa gaji kerana mengikut suami ke Luar Negara mulai 7.12.2009.
Ucapan jutaan terimakasih juga dirakamkan untuk Pn Norazlina Mohd Noor yang akan
berpindah mengikut suami ke selangor
2.Kursus LDP terakhir tahun 2009 akan diadakan di Lake Garden Resort Ayer Keroh
Melaka Kursus ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan semester sistem 2010
3.Kursus e-learning guru akan dijalankan pada 7.12.2009 Hari Isnin dibilik
komputer sekolah mulai jam 8.30 pagi.
4.Semua guru yang meminjam peralatan sekolah handaklah memulangkannya semula pada
pejabat sekolah.
5.Semua kunci bilik-bilik khas hendaklah diletakkan dipejabat Sekolah
6.Mesyuarat Persediaan sekolah Tahun 2010 adalah pada 31.12.2009 (Khamis) jam 9.00
pagi dibilik Gerakkan Sekolah.

Monday, November 16, 2009

Minggu Terakhir Persekolahan

Pada perhimpunan pagi ini telah disampaikan hadiah untuk pertandingan - pertandingan yang dianjurkan oleh kebitaraan k Teroka dan PRS. Terdapat juga persembahan video peserta JENESYS ke Jepun serta ucapan Pengetua. Pada sebelah tengahari pula, Kelab Guru telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun di Hotel Holiday Inn di Banda Hilir. Bermula Rabu ini pelajar -pelajar tingkatan 5 akan mula menduduki SPM. Selamat Maju Jaya diucapkan.

Saturday, November 14, 2009

Kegiatan Hujung minggu 14/11/2009

Pada hari ini semua pelajar tingkatan 5 telah menghadiri program pecutan terakhir Additional Mathematics Sementara itu 30 orang pelajar tingkatan 3 telah menghadiri kursus pemasangan papan LED di makmal fizik.

Thursday, November 12, 2009

Program Pengantarabangsaan - Lawatan Nanyang Girls' High School, Singapore


Buat kali kedua, MOZAC menerima kunjungan dari guru - guru dan pelajar - pelajar dari Nanyang Girls' High School, Singapore. Rombongan kali ini lebih besar daripada tahun lepas yang melibatkan pelajar -pelajar Secondary 2. Rombongan telah disambut dengan paluan kompang,bunga manggar dan juga silat. Acara di dewan melibatkan persembahan kebudayaan dari kedua dua sekolah. Para guru & pelajar telah menikmati kudapan di dewan makan sebelum menjalankan aktiviti - aktiviti mengenali adat dan budaya orang Melayu. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

1. Aktiviti Permainan Tradisional - Teng - teng, Capteh & Congkak
2. Aktiviti Kesenian - Gamelan,Angklung, Cak Lempong, Canting Batik
3. Demonstrasi Masakan - kuih bahulu & anyaman ketupat
4. Aktiviti Bahasa - Rempah ratus & Sahibba

En.Ng Song Beng dari NGHS telah mengadakan bengkel Integrated Mathematics bersama - sama guru - guru Mathematik MOZAC.

Tuesday, November 10, 2009

SELAMAT DATANG ASIS

Selamat Datang kepada Barisan Pentadbir dan warden SM Sains Alam Shah ke Sekolah Menengah Sains Muzaffars Syah.

KAPAL DAGANG DARI SEBERANG
PENUH MUATAN KAYU MERANTI
DARI JAUH TUAN DATANG
KAMI DI MELAKA SEDIA MENANTI

Pelancaran e-kiosk oleh e-Mozac

e-Kiosk dibawah kecemerlangan e-Mozac telah dilancarkan pada hari ini. Pelajar dan Guru-guru boleh menggunakannya dari jam 7.30 Pagi hingga jam 10.00 malam sacara percuma
Tanggungjawab semua pelajar dan guru menjaga keselamatan HARTA KITA BERSAMA
GUNAKAN SECARA BERHEMAH DAN BIJAKSANA

Wednesday, November 4, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan 6


LADAP 6 diadakan pada hari ini bertempat di APD.Penceramah jemputan pada kali ini ialah Puan Salwati binti Othman, guru cemerlang dan JU Kajian Tindakan dari SMK Seri Mahkota. Beliau telah berkongsi tentang:
a) Apakah Kajian Tindakan
b) Tujuan Kajian Tindakan
c) Proses Kajian Tindakan
d) Proposal vs Laporan Kajian Tindakan
e) Panduan Menulis Proposal Kajian

Powerpoint Kajian Tindakan

Tuesday, November 3, 2009

Perhimpunan Khas:Majlis Anugerah Muzaffar 2009

Pada 2 hb Oktober 2009 telah diadakan perhimpunan khas untuk penerima Anugerah Ko kurikulum 2009.Pada majlis ini telah disampaikan anugerah - anugerah yang tidak dapat disempurnakan pada Malam Anugerah Muzaffar 2009.Antara anugerah- anugerah yang disampaikan ialah:

Anugerah Utama 2009.
Anugerah Bintang Muzaffar - Ahmad Syarifuddin Mohamad
Anugerah Pelajar Contoh Putera - Ruzaidi b. Roslan
Anugerah Pelajar Contoh Puteri - Julia Pasrah Ariffin

Anugerah Khas 2009
Anugerah Ko kurikulum Terbaik - Mohamad Amir Wafiuddin b. Mohd Nizam
Anugerah Pasukan Sukan Terbaik - Bola Keranjang Lelaki
Anugerah Persatuan Terbaik - Kelab Robotik
Anugerah Unit Beruniform Terbaik - Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
Anugerah Khas Juri - DIDIKOM
Kelas Terbaik Menengah Atas - 5 Alpha
Kelas Terbaik Menengah Bawah - 3 Beta
Dorm Asrama Putera Terbaik - 3A2 (Bendahara)
Dorm Asrama Puteri Terbaik - C (Bendahara)

Anugerah Rumah Terbaik Kategori:
a) Akademik - Syahbandar
b) Ko kurikulum - Bendahara
c) 3K - Temenggung
d) Displin & Sahsiah - Bendahara
Anugerah Rumah terbaik telah digondol oleh Rumah BENDAHARA untuk kali keempat berturut- turut.

Senarai Penerima Anugerah Warna Penuh/Separuh
Senarai Anugerah Khas Ko kurikulum

Monday, November 2, 2009

GOTONG ROYONG PERDANA 2009

Majlis ini di adakan pada 31Okt 2009 dan dianjurkan dengan kerjasama PIBG. Seluruh warga MOZAC yang terdiri dari guru-guru, pekerja sekolah, PIBG dan pelajar-pelajar telah bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Para pelajar dibantu dan diawasi oleh guru guru. Sebahagian pelajar dan guru pula mengemas peralatan yang digunakan semasa MAM 2009. Persiapan juga dibuat untuk penyampaian hadiah & cenderamata yang masih belum disampaikan akibat hujan lebat malam tadi. Sebahagian acara penyampaian terpaksa ditangguhkan dan akan diadakan pada hari Isnin.Terimakasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama YDP PIBG, Pekerja SWM dan Pekerja MPMBB. Pada hari tersebut juga pelajar-pelajar tingkatan 5 telah mengadakan program kecemerlangan SPM bagi matapelajaran Kimia .

Malam Anugerah Muzaffar (MAM) 2009

Majlis telah berlangsung pada 30 Okt2009 bermula jam 8.00 malam. Pada malam tersebut telah disampaikan cenderamata Budimu Dikenang khas untuk kakitangan sekolah yang telah berpindah ,bersara atau bertukar jawatan. Bagi pelajar pula telah disampaikan Anugerah kecemerlang Ko kurikulum, Anugerah Ketua Rumah dan Penolong, Anugerah Badri, Ketua Pelajar, Pelajar Contoh Putera & Puteri dan anugerah utama adalah BINTANG MUZAFFAR 2009. Bintang Muzaffar tahun ini adalah AHMAD SYARIFUDDIN BIN MUHAMAD dari kelas 5 Omega.

Monday, October 26, 2009

Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan

Pada hari ini telah diadakan Majlis Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan. 2 orang pelajar telah menyampaikan Pidato dan seorang pelajar telah mendeklamasikan sajak. Hadiah - hadiah juga telah disampaikan untuk pemenang - pemenang pertandingan bahas dan pertandingan bola keranjang yang telah dilangsungkan sebelum ini. Semua guru dan pelajar - pelajar tingkatan 1,2 dan 3 sedang sibuk membuat persiapan untuk Malam Anugerah Muzaffar(MAM 2009) yang akan diadakan pada hari Jumaat ini. Sementara pelajar -pelajar tingkatan 4 akan mula menduduki peperiksaan akhir tahun pada 26 Oktober ini.Pelajar - pelajar tingkatan 1 & 2 pula akan menduduki peperiksaan akhir tahun ermula pada minggu hadapan. Selamat Berjaya

Saturday, October 24, 2009

Bengkel Penulisan Biografi Tokoh Bekas Pelajar- Kebitaraan e Tinta

Pada hari Sabtu ini AJK Kebitraan e-Tinta telah menjalankan Bengkel Penulisan Tokoh Biodata Bekas Pelajar. Penceramah yang memenuhi slot kali ini adalah Prof. Madya Dr. Ramlah Adam

Semuga dengan usaha ini akan menjadikan warga MOZAC sebagai budayawan dan ilmuan yang gemar menulis.

Monday, October 19, 2009

Perhimpunan Rasmi 19.10.2009

Dalam perhimpunan ini telah disampaikan
a) Anugerah Principal list ujian 2,Peperiksaan percubaan PMR dan SPM 2009
Tingkatan 1 - Tiada Yang Layak menerima
Tingkatan 2 - 5 Pelajar
Tingkatan 4 - 9 Pelajar
Tingkatan 3 - Percubaan SBP - 1 Orang
Percubaan Negeri Melaka - 2 Orang
Tingkatan 5 - Percubaan SBP - 6 Pelajar
Percubaan Negeri Melaka - 20 Pelajar
b) Pengumuman 3 Pelajar Tingkatan 5 memenangi tempat ketiga Kebangsaan Robotik
c) Laporan Kuiz Pengguna - Menang tempat ketiga kategori perbahasan
d) Pengetua Memberi Ucapan mengenai Sekolah Berprestasi Tinggi

Wednesday, October 14, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan 5



Pada hari ini para guru menghadiri LADAP 5 yang bertajuk Kajian Tindakan yang telah disampaikan oleh Puan Sabiah seorang guru cemerlang dari SMK Durian Tunggal. Sesi dimulakan dengan penerangan berkenaan Apakah itu Kajian Tindakan dan disusuli dengan Bagaimana Menjalankan Kajian Tindakan. Seterusnya beliau telah berkongsi pengalaman dalam Kajian Tindakan dengan memberi contoh & penerangan tentang 2 Kajian Tindakan yang telah dibuat oleh beliau. Semoga LADAP kali ini dapat menyemai budaya penyelidikan dalam kalangan guru di MOZAC.

Sementara itu semua pelajar Tingkatan 2 mengikuti Kem Sains yang dianjurkan oleh AJK Kebitaraan k-Teroka di Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Pelajar - pelajar tingkatan 3 pula telah mula menjalankan aktiviti selepas PMR.

Monday, October 12, 2009

TAWARAN SEBUTHARGA UNTUK KANTIN

TAWARAN SEBUTHARGA UNTUK KANTIN SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH

Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan kantin sekolah ini bagi tempoh dua tahun, mulai dari 1.1.2010 hingga 31.12.2011.

Sebutharga hendaklah dihantar di dalam sampul surat berlakri dan bertanda “SEBUTHARGA KANTIN SEKOLAH” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan, hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum 26.10.2009 jam 12.00 tengahari.

Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 500.00 (Ringgit : Lima Ratus Sahaja) dalam bentuk wang kiriman pos/draf bank atas nama Pengetua Sek.Men.Sains Muzaffar Syah. Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan dikembalikan semula kepada pemohon-pemohon yang tidak berjaya. Borang-borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan, boleh didapati di pejabat sekolah dari 05.10.2009 hingga 22.10.2009 pada waktu pejabat dengan bayaran RM20.00 satu borang. Wang tidak akan dikembalikan.

Semua permohonan hendaklah membawa/menyertakan salinan Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan dan Bertaraf Bumiputra semasa membeli dan menghantar borang.

Thursday, October 8, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan


LDP telah dijalankan pada hari rabu 7/10/2009

Penceramah : Cr. RAMLEE BIN YAHYA, PBM, KB PA
Pensyarah Psikologi Kaunseling
(KAUNSELOR BERDAFTAR LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA)
M.Ed Bimbingan & Kaunseling UKM, B.A (Hons) Psikologi & Komunikasi UKM, Dip.Ed. Perguruan Malaysia UPSI.
Tajuk : Tingkah Laku Halal Haram APA
Bahan : Power point

Tuesday, October 6, 2009

Selamat Berjuang Form 3


Esok 7/10/2009 akan bermulalah perjuangan Pelajar Form 3 menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Seluruh warga MOZAC mengucapkan " Selamat Berjaya." dan mendoakan semua pelajar agar mencapai kejayaan yang cemerlang.

" USAHA SUDAH DOA PUN SUDAH. SEMUGA KERJA MENJADI MUDAH"

Sunday, October 4, 2009

Permohonan dan Semakan Kemasukan Pelajar Ting. 1 & 4 ke SBP

Permohonan kemasukan pelajar ting 1 bagi lepasan UPSR & ting 4 bagi lepasan PMR ke SBP KPM 2010 telah dibuka mulai 1 September - 15 Oktober 2009.Permohonan dan Semakan boleh dibuat secara online melalui web KPM http://www.moe.my
Pelajar,ibubapa atau pihak sekolah hendaklah mencetak dua salinan permohonan. Salinan pertama diserahkan kepada Guru Besar/Pengetua sekolah masing - masing untuk pengesahan. Manakala salinan kedua diserahkan kepada Pengetua SBP mengikut pilihan.

Sila klik untuk permohonan dan semakan:
1. Tingkatan 1 SBP
2. Tingkatan 4 SBP

Kegiatan Hujung Minggu

Hari Sabtu 3.10.2009 adalah hari persekolahan MOZAC. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut yang melibatkan semua guru dan pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
1. Bengkel Pemasangan Thumbdrive - Kebitaraan e-Mozac
2. Bengkel Kemahiran Bertutur/Membuat Presentation - Kebitaraan k-Teroka PBL
3. Sambutan Hari Raya - di kelas masing masing bersama guru tingkatan
4. Pot Luck Hari Raya guru guru di Dewan Makan
4. Bengkel Easy Math - Kolej Yayasan Melaka

Selepas itu pelajar dibenarkan balik untuk memberi ruang kepada calon - calon PMR mengulangkaji pelajaran dalam keadaan yang lebih tenang.

Thursday, October 1, 2009

SOLAT HAJAT PMR DAN SPM

Solat Hajat akan diadakan pada 2/10/2009 Hari Jumaat mulai jam 6.00 Petang. Semua ibubapa atau penjaga pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 dijemput hadir.
Semua guru-guru beragama Islam diwajibkan hadir. Semuga kehadiran tuan/puan akan mendapat keberkatan Allah dan menjadi peransang kepada para pelajar.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti





Pada 17.9.2009 Sekolah telah mengadakan beberapa program sebelum sekolah ditutup sempena Sambutan Hari Raya. Program dimulakan dengan pengambilan gambar guru-guru, AJK kebitaraan Sekolah dan Barisan Pentadbiran Sekolah untuk di muatkan dalam majalah sekolah. Pada jam 8.00- 9.00 pagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 telah diberi taklimat tentang " KAMULAH HERO SEKOLAH" oleh penyelaras Kecemerlangan SPM Sekolah 2009 diikuti dengan pesanan tuan pengetua kepada pelajar ting 5.. Tepat Jam 9.00 Pagi telah diadakan Majlis Tadarus Qubra. Semua pelajar bersama guru masing-masing telah membaca semua juzuk AlQuraan mengikut kumpulan. Akhirnya tepat jam 10.00 pagi telah diadakan majlis Khatam Al Quaran di Dewan Muzaffar serta penyampaian bantuan Hari Raya kepada Pelajar Projek Khas dan anak-anak yatim. Sekolah bersurai jam 1.30tgh. Jam 2.00 ptg pelajar dibenarkan balik kampung. Akhirnya seluruh warga Mozac mengucapkan
" SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ".

Wednesday, September 16, 2009

Memburu Impian 8A PMR 2009

Pada hari ini, suatu program khas untuk pelajar -pelajar tingkatan 3 telah diadakan di dewan makan. Program ini diadakan untuk memberi motivasi serta peringatan terakhir kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan mulai 7 Oktober 2009. Program dimulakan dengan menunjukkan prestasi para pelajar dalam kedua dua peperiksaan oleh Penyelaras Kecemerlangan PMR - Puan Hamidah Hassan.Selepas itu guru - guru matapelajaran menegur kesilapan dan memberi kata - kata semangat kepada para pelajar pada tahun ini. Akhir sekali, tuan pengetua telah menyampaikan amanat beliau. Diharapkan semua pelajar menggunakan cuti ini dengan mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerjarumah yang dibekalkan oleh guru - guru. Selamat Maju Jaya diucapkan dan semoga impian 8A dapat dicapai, insyaallah.

Thursday, September 10, 2009

Lawatan Crescent Girls School

Seramai 5 orang guru ( Biologi, Fizik, Kimia ) bersama guru bidang Sains Crescent Girls School mengadakan
lawatan ringkas ke MOZAC untuk menerangkan objektif lawatan mereka dan membincangkan lawatan susulan yang akan dijadualkan pada awal March 2010 nanti. Lawatan susulan itu akan disertai oleh 40 orang pelajar dan beberapa orang guru dari bidang sains.
Tujuan utama ialah untuk mengenali budaya masyarakat Malaysia dan pelajar sekolah berasrama penuh serta menjalankan aktiviti khidmat bakti masyarakat di sebuah rumah kebajikan kanak-kanak terencat akal di Melaka. Perbincangan juga menjurus kepada bagaimana kedua-dua belah pihak dapat bekerjasama dan bertukar-tukar ide serta kemahiran dalam meningkatkan lagi kualiti P&P di kalangan guru sekolah masing-masing.
Perbincangan berlangsung di Bilik Pengetua yang juga dihadiri oleh GPK 1 En. Halim, Pn Ivy ( Guru Bahasa Inggeris), Puan Amesah (GKMP Bahasa) dan Cik Ho ( Guru Cemerlang Matematik )

Tuesday, September 8, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya


Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Sampaikan untuk siapa sahaja di pautan ini.

Program Ihya ' Ramadan

Pada 7/9/2009 telah diadakan program Ihya'Ramadan bersama Jabatan Pelajaran Melaka
Majlis bermula jam 6.40 Ptg dan tetamu kehormat ialah En Abdul Malek B Haron Timbalan PPD berserta En Samsuddin B Harun Pegawai Unit Pembangunan PPD,En Kamalrudin B Jantan Pegawai PPD Melaka Tengah dan En Mohd Said B Md Dawan. Pegawai Unit Hem PPD.
Penceramah Majlis tersebut ialah USTAZ KHAIRI ANUAR, dari SMKA Sultan Mohamad
Majlis dimulakan dengan tazkirah oleh Ustaz Khairi Anuar pada jam 6.40 Ptg diikuti dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib , Ucapan Tetamu Kehormat, Solat Isya, Solat Terawih . Selepas Solat Terawih semua jemputan menikmati minum malam. Majlis bersurai Jam 10.00 malam.

Monday, September 7, 2009

Kursus Adobe Photoshope, Adobe Premier Pro dan Kursus Pemasangan Komputer

Pada 5/9/2009 hari sabtu telah diadakan Kursus Adobe Photoshop, Adobe Premier Pro dan Kursus Pemasangan Komputer. Program ini adalah dibawah kebitaraan e-Mozac. Seramai 40 orang pelajar telah mengikuti Kursus Adobe Photoshop dimakmal kumputer , 33 orang Pelajar mengikuti Adobe Premier Pro dan Seramai 30 orang mengikuti kursus Pemasangan Komputer.Penceramah dan fasilitator untuk Kursus Adobe telah dijalankan oleh Bahagian K-Ekonomi Jabatan Ketua Menteri Melaka, Manakala Kursus Pemasangan Komputer telah dijalankan oleh Ramdhan Consultancy .Dari soal selidik yang dijalankan 100% pelajar menyatakan kursus ini sangat berguna dan mengharapkan ianya dijalankan lagi untuk pelajar yang lain.

Saturday, September 5, 2009

Pemberitahuan Cuti Sekolah

Pihak Pengurusan Sekolah mengumumkan sekolah akan mengambil cuti berganti pada hari Jumaat 18.9.2009 dan menggantikannya pada hari Sabtu 3.10.2009. Sehubungan dengan itu pelajar dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas jam 3.00 petang, 17 hb September 2009. Sekian Harap Maklum