Pages

Friday, December 30, 2011

Kunjungan Mantan Pengetua - En Md Zin Abdul Hamid


Pada hari ini, 30.12.2011 MOZAC telah dikunjungi oleh En Md Zin Bin Abdul Hamid, mantan pengetua MOZAC. Beliau telah berkhidmat di MOZAC dari 1998 - 2003.Dalam masa perkhidmatannya, MOZAC telah mencapai pelbagai kejayaan antaranya SPM 1998 tempat pertama di Malaysia dimana MOZAC telah dipilih oleh Menteri Pendidikan pada masa itu iaitu Perdana Menteri sekarang untuk mengumumkan keputusan SPM di MOZAC pada 1 April 1999. Seterusnya MOZAC mendapat Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan. Usaha beliau untuk memastikan setiap pelajar yang keluar dari MOZAC mendapat tempat di IPTA dan Matrikulasi Sains tercapai dimana semua pelajar lepasan SPM pada tahun 2003 diterima masuk ke IPTA dan kolej matrikulasi. Beliau juga telah memperkenalkan PNGT,PNGE dan PNGK kedalam sistem penilaian pelajar, dan sistem ini telah diguna pakai diseluruh SBP sehingga sekarang.Sesungguhnya kunjungan beliau telah mengundang nostalgia yang sangat manis kepada warga MOZAC. All the Best Cikgu Md Zin, terimakasih dan semoga jumpa lagi

1 comment:

Md. Ishak Said said...

what a nice momment....