Pages

Thursday, December 29, 2011

Selamat Hari Lahir dan Mesyuarat Guru


Pada hari ini 29.12.2011 MOZAC telah mengadakan Mesyuarat Guru Kali 1 untuk persediaan tahun 2012.Disamping itu juga guru-guru dan angota pelaksana telah mengadakan sambutan Hari Lahir Tuan Pengetua yang kebetulan jatuh pada hari yang sama.Seluruh Warga MOZAC mengucapkan Selamat Hari Lahir dan mendoakan kesejahteraan beliau. Didalam mesyarat guru Tuan Pengetua telah mengingatkan tanggung-jawab guru-guru diSBP. Diharapkan tahun 2012 akan membawa kejayaan yang lebih cemerlang lagi untuk MOZAC di bawah kepimpinan Tn. Hj Hassan Topit. Amin.

Pantun untuk guru:
Yang patah itu papan,
Yang bengkok itu besi,
Yang indah itu perancangan,
Yang elok itu aplikasi


Pantun untuk pelajar
Kalau ingin belajar mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Kalau ingin kepimpinan menjadi,
Pertama elok kedua pandai

2 comments:

sleepy boy said...
This comment has been removed by the author.
sleepy boy said...

kota bharu bandar agung,
subur pepohon akarnya jajar,
anak baru setahun jagung,
harap mohon tunjuk ajar...