Pages

Tuesday, July 5, 2011

Terimakasih Alumni MOZAC



Seorang alumni MOZAC iaitu Tn. Hj. Azharuddin Kassim (batch 1980) telah bermurah hati untuk mendermakan wang sebanyak RM 20,400 kepada pihak sekolah. Wang tersebut telah disampaikan melalui mantan YDP MOZAC iaitu, Tn. Hj. Rafie Omar. Majlis ini juga dihadiri oleh YDP Alumni MOZAC, En Ali Kasimin, NYDP Alumni dan beberapa orang AJK Alumni MOZAC. Sebahagian wang tersebut di sedekahkan kepada para pelajar projek khas (115 orang yang menerima RM100 seorang). Manakala sebahagian lagi akan digunakan untuk menambahbaik kemudahan di sekolah.Pada majlis sama, mantan YDP Alumni MOZAC, Tn. Hj. Rafie Omar yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid, Malaysia telah menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar. Terimakasih diucapkan kepada Alumni MOZAC kerana memberikan kerjasama yang erat bagi kesinambungan kecemelangan alma mater mereka.

No comments: