Pages

Ceramah Penulisan Kebitaraan e-Tinta

Jawatankuasa kebitaraan e-Tinta sekolah mengadakan program ceramah penulisan untuk semua 600 pelajar pada jam 3 petang jumaat 20 Feb di dewan sekolah. Penceramah jemputan adalah En Ishak bin Dalib Ketua Pengarang Eksekutif Akhbar Melaka Hari ini. Antara pengisian ceramah beliau adalah mengenai pengalaman beliau dalam bidang penulisan,ciri-ciri yang perlu ada bagi penulis dan bahan penulisan . Pelajar memberi respone yang baik dengan mengemukakan pelbagai soalan dan menemubual beliau.Adalah diharapkan pelajar dan guru Moz@c selepas ini akan lebih memahami aspek penulisan journal, bibiolografi , artikel dsb sebagi satu kelebihan menjadi warga sekolah ini.


Pada petang hari sabtu semua semua pelajar tingkatan 4 mengikuti program penyembelihan ayam sebagai aktiviti hand on memahami pelajaran pendidikan islam.Setiap pelajar lelaki berpeluang menyembelih ayam , dan pelajar perempuan pula akan bersama memproses ayam tersebut.Pada sebelah malamnya bersama mentor masing-masing mereka mengadakan jamuan bersama diblok kemahiran hidup sambil berkreasi dan mengeratkan silaturrahim bersama guru dan pelajar.


Pagi ini juga bertempat diKompleks Sukan batu Berendam staff sekolah menyertai pertandingan badminton yang dimenangi oleh beregu En Ahmad Rizal dan En Afendi.

3 comments:

andrea said...

ensen gile..
org yg tanye kat penceramah tu..

Anonymous said...

wah seronoknya u org ber 'BBQ' di tebingan mozac...jelesnye aku......

nadiah0105 said...

waaaaaaaaa,
knp tak de mcm ni mase dulu2....