Pages

Friday, July 8, 2011

Program Ulangkaji Intensif PMR/SPM




Sepanjang bulan Julai, para pelajar PMR dan SPM menjalani program ulangkaji intensif PMR/SPM. Program yang melibatkan semua pelajar meliputi kelas - kelas tambahan pada waktu petang dan malam. Pada hujung minggu program Immersion matapelajaran dijalankan dengan beberapa sekolah di Melaka dan juga SBP/MRSM. Diharapkan dengan program ini, semua pelajar akan lebih bersedia untuk menduduki peperiksaan percubaan PMR/SPM yang bakal menjelang pada bulan Ogos dan September nanti. Para pelajar tingkatan 3 dan 5 juga telah mula membaca surah Yassin dan doa kecemerlangan pada setiap pagi sebelum P&P bermula. Diharapkan para pelajar mengambil peluang ini untuk memperbaiki kelemahan masing - masing dan membuktikan kepada sekolah bahawa mereka boleh mengalas tanggungjawab yang diberikan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah. Diharapkan semua pelajar belajar bersungguh - sungguh untuk membalas jasa semua guru - guru yang berkorban masa dan tenaga tanpa sebarang ganjaran untuk mencemerlangkan anak didik. Tiada hadiah/ganjaran yang lebih bermakna selain KEJAYAAN CEMERLANG dalam PMR/SPM pada tahun ini.

No comments: