Pages

Wednesday, April 13, 2011

Majlis Anugerah Cemerlang,Mesyuarat PIBG & Hari Asrama Terbuka 2011

Pada 9 April 2011, MOZAC telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang yang telah dirasmikan oleh Pengarah SBPSK, Puan Ashah Samah. Pada majlis ini semua pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman 2010 telah menerima hadiah yang disampaikan oleh ibubapa masing - masing. Seramai 89 orang pelajar yang mendapat 8A/7A dalam PMR 2010 juga telah menerima hadiah mereka. Muhammad Nabil b. Salim telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan PMR 2010. Selain daripada itu, 33 orang pelajar straight As SPM 2010 juga telah diraikan. Thulaja Thesa a/p Vasudhevan telah terpilih sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2010 dengan pencapaian 9A+.
Mesyuarat PIBG kali ke 36 juga telah diadakan setelah selesai Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun ini. Kehadiran ibubapa pada tahun ini amat memberangsangkan. MOZAC juga mengadakan Hari Asrama Terbuka pada hari ini dimana semua pelajar & ibubapa dapat melawat bilik - bilik di asrama putera dan puteri. Kesemua bilik telah dihias cantik. Selamat Berjaya diucapkan kepada MOZAC yang telah berjaya memasuki peringkat kedua Anugerah Asrama Terbilang pada tahun ini. Pada 12 April, panel penilai Anugerah Asrama Terbilang telah datang untuk membuat penilaian kedua. Pembentangan telah diadakan oleh para pelajar yang terdiri daripada Ketua - ketua Rumah, Penolong Ketua Rumah dan AJK Asrama. Tahniah duiucapkan kepada semua.

No comments: