Pages

Wednesday, April 13, 2011

Pertandingan Forum Remaja Daerah Melaka Tengah

Pada 13 April 2011, MOZAC telah diberi kepercayaan untuk mengelolakan Pertandingan Forum Remaja Daerah Melaka Tengah. Sebanyak 23 buah sekolah telah mengambil bahagian dan pertandingan telah di adakan di dua venue iaitu di Pusat Sumber Sekolah dan juga di Dewan Sultan Muzaffar Syah, Melaka. Antara matlamat pertandingan ialah untuk mewujudkan penggunaan Bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah dan melahirkan satu model penggunaan bahasa yang sempurna dari aspek tatabahasa. Selain daripada itu melalui pertandingan ini diharapkan dapat melahirkan pelajaryang berkebolehan berhujah dan mengungkapkan buah fikiran dalam Bahasa Melayu dengan baik dan berkesan. Berikut adalah keputusan pertandingan:

Kumpulan A
Johan - SMK(A) Sharifah Rodziah
N. Johan - SMK Ayer Molek
Ketiga - SMS Muzaffar Syah

Kumpulan B
Johan - SMK(A) Sultan Muhammad
N. Johan - SMK Bukit Baru
Ketiga - SMK Yok Bin

Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan mewakili Daerah Melaka Tengah ke Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua peserta dan guru yang terlibat

No comments: