Pages

Program Pengantarabangsaan ke Bangkok, Thailand

Program yang disertai oleh tuan pengetua bersama - sama 15 orang pelajar dan 5 orang guru telah melawat Prasammit Demonstration Secondary School, Bangkok, Thailand ini telah diadakan pada 2 - 5 April 2011. Pelajar -pelajar yang terpilih pada kali ini adalah terdiri daripada ketua - ketua unit kelab/persatuan, badan beruniform dan badan - badan khas sekolah. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada ketrampilan insaniah dan kegiatan ko kurikulum di peringkat antarabangsa. Dengan tema Program Perkongsian Pintar Kemenjadian Pelajar Dalam Kemahiran Insaniah dan Ko kurikulum, para guru dan pelajar telah dapat berbincang dan bertukar - tukar pendapat tentang kegiatan kokurikulum di sekolah masing - masing selain melebarkan lagi rangkaian antarabangsa MOZAC.

0 comments: