Pages

Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah 2011


Izyan Ainaa bt Khasbullah
Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2010


Pada 14 Februari 2011 telah dilancarkan Program Nilam Peringkat Sekolah 2011 yang diselaraskan oleh Pn. Norhayati Mohd Nor dan juga pengawas Pusat Sumber sekolah. Pada tahun ini, program ini akan dilipatgandakan dengan sasaran semua pelajar sekurang - kurangnya akan mendapat pengiktiran gangsa untuk program NILAM. Majlis pada hari ini memaparkan slide show program NILAM & video galakan membaca yang di hasilkan oleh PSS. Selain daripada itu terdapat juga nyanyian koir dalam Bahasa Jepun oleh para pelajar ting 2 dan nyanyian lagu NILAM oleh para pelajar tingkatan 1.Sijil - sijil pengiktirafan NILAM 2010 telah juga disampaikan oleh Pengetua. Majlis juga telah mendengar ucapan dari Izyan Ainaa bt Khasbullah yang telah menerima Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2010. Beliau telah menceritakan pengalaman beliau sehingga terpilih menerima anugerah tersebut pada tahun lepas. Diharapkan semua para pelajar MOZAC mendapat inspirasi daripada ucapan beliau dan menjadikan tabiat membaca sebagai amalan di bumi MOZAC in
i.

0 comments: