Pages

Saturday, February 12, 2011

Selamat Pengantin Baru

Pada hari ini 12 Februari 2011, seorang guru MOZAC telah melangsungkan perkahwinan beliau.Guru yang dimaksudkan ialah Cikgu Nor Haida Zamani bersama pasangannya Ahmad Fikri b. Ishak. Guru -guru MOZAC telah datang untuk meraikan hari bahagia beliau setelah selesai hari persekolahan cuti ganti pada hari ini.
Warga MOZAC juga ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada seorang lagi guru MOZAC yang telah mendirikan rumahtangga pada 5 Februari 2010 yang lepas. Diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ustaz Mokhtar b. Abdul Hamid bersama pasangan beliau Shakira bt Haron yang telah diadakan di Hulu langat Selangor.
Diucapkan Selamat pengantin Baru kepada kedua -dua pasangan. Semoga kekal ke anak cucu.

Dalam kesibukan menyiapkan semua kerja, guru - guru juga telah berjaya mengadakan "potluck" anjuran Kelab Guru pada hari ini. Pelbagai juadah telah dibawa untuk santapan bersama. Terimakasih diucapkan kepada semua guru.Guru - guru MOZAC memang HEBAT

No comments: