Pages

Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat sekolah telah diadakan pada 15 Februari 2011 dan dimulakan seawal pukul 5.00 pagi dengan qiamulail dan solat subuh. Selesai sarapan pagi,sambutan rasmi diadakan pada jam 8.00 pagi di Dewan Sultan Muzaffar. Majlis dimulakan dengan perarakan dari Bengkel KH. Pelajar telah membawa sepanduk mengikut rumah masing-masing.Tuan Pengetua telah menyampaikan ucapan pembukaan majlis diikuti dengan ceramah oleh Ustaz Rosfazlin B Jusoh seorang yang berpengalaman luas berkenaan isu GAZA.Seterusnya diadakan bacaan ayat AlQuran dan persembahan sajak. Video Klip pengertian Maulidur Rasul dalam kalangan guru dan pelajar juga telah ditayangkan.Persembahan Video Klib ini telah disediakan oleh pelajar BADRI.

Keputusan Pertandingan Sepanduk adalah seperti berikut
Johan : Rumah Bendahara
Naib Johan : Rumah Syahbandar
Ketiga : Rumah Laksamana
Keempat : Rumah Temenggung

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada BADRI atas pengajuran majlis ini.
Sesungguhnya Kejayaan anda adalah kebanggaan kami

0 comments: