Pages

Saturday, August 11, 2007

MOZAC Sekolah Cemerlang Kerajaan Negeri Melaka


Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka telah menganugerahkan MOZ@C sebagai Sekolah Cemerlang Kerajaan Negeri Melaka kerana pencapaian yang cemerlang dalam PMR dan SPM tahun 2006 yang lalu ( Aliran Biasa ). Hadiah berupa Sijil dan wang tunai berjumlah RM1,000.
Semoga dengan anugerah yang diterima itu akan menjadi perangsang kepada calon PMR dan SPM tahun ini untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

2 comments:

Anonymous said...

Sekalung tahniah buat warga MOZAC. Teruskan kecemerlangan untuk merangkul Sekolah Cemerlang Peringkat Nasional pula.....

Anonymous said...

Assalamualikum warga Mozaq.

Satu persoalan untuk semua warga Mozac. TOV pelajar PMR 100% 5A, mengapa pencapaian PMR tak capai 100% 8A. Mencapai lebih kurang 60% 8A, adakah itu satu pencapaian yang cemerlang? Minta difikir dan direnungkan bersama untuk kebaikan kita semua yang berada dalam kelompok yang cemerlang dan terbilang kerana kita berada di sekolah berasrama penuh dan menjadi kebanggaan Kerajaan negeri Melaka. Lihatlah yang tersirat jangan hanya yang tersurat. Semuga tahun 2008 mozac mencapai 100% 8A.Barulah layak dipanggila Sekolah Cemerlang Negeri Melaka dan Malaysia.