Pages

Saturday, August 11, 2007

Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan





Sempena Sambutan Kemerdekaan ke 50 tahun, Pelancaran Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan telah dilaksanakan oleh GPK 1, En. Roszelan pada pagi Sabtu 11 Ogos 2007. Antara pengisian semasa pelancaran ialah Pengisahan Kemerdekaan oleh Cikgu Shuhairi dan Cikgu Rosnah, persembahan nasyid, deklemasi sajak, syair, nyanyian lagu-lagu patriotik dan upacara menaikkan Jalur Gemilang. Program ini dijalankan selama sebulan bermula 1 Ogos dengan beberapa pengisian antaranya ialah bacaan Yaasin dan tahlil sempena kemerdekaan, pertandingan kelas patriotik, pertandingan melukis poster, pertandingan menulis essei kemerdekaan , pertandingan folio sejarah dan kemuncaknya ialah Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan pada 30 Ogos.
Semoga semua warga MOZ@C dapat menghayati dan menghargai makna dan erti kemerdekaan yang sebernarnya.
MERDEKA!... MERDEKA!....MERDEKA!....

1 comment:

Anonymous said...

cayalah kadet..segak dan bergaya..hansome pulak tu...