Pages

sambutan hari guru

Warga sekolah meraikan sambutan hari guru dengan susunan acara yang tersusun baik olih majlis perwakilan pelajar . Bermula 0800 dengan iringan kompang guru-guru segak beruniform koperat baru melangkah ke dewan sekolah disambut barisan kepimpinan pelajar yang memberikan cenderamata dan mengetipkan loga hari guru . .Acara dimulakan dengan nyanyian negaraku dan negeri diiringi doa . tayangan video guru dipendalaman menyentuh perasaan guru dan pelajar .Persembahan pelajar ialah tarian kebudayaan india , Melayu dan clip video pelajar 3 Alfa. Beberapa kuiz mengenali guru dan penghargaan kepada guru atas kreteria tertentu diperkenalkan tahun ini. Pn Ivy menyampaikan keputusan puisi hari guru. penyampaian hadiah untuk guru dan pengetua. Persembahan nasyid yang memenangi tempat kedua peringkat kebangsaan pesta Belia dipertontunkan . majlis diakhiri dengan ucapan pengetua , ikrar guru olih En Bistamam selaku pengerusi kelab , nyanyian guru dan upacara memotong kek . Majlis bersurai untuk sukaneka antara guru dan pelajar di gelanggang bolakeranjang dan dewan makan. Sementara itu pelajar dan guru saling bermesra dan guru-guru menerima ucapan dan hadiah dari pelajar masing-masing . Majlis makan tengahari di kantin sekolah untuk semua guru mengakhiri aturcara sambutan tahun ini

0 comments: