Pages

Pusat Akses




Pemasangan 10 komputer dibilik asses mozac berjalan lancar olih kontraktor . Bilik ini terletak di belakang surau Abrar berukuran 20 x 30 kaki persegi. Diletakkan juga satu printer bersama scanner untuk kegunaan pelajar . Pusat akses ini akan disambungkan dengan bilik server dengan fiber optik untuk akses internet dari school net. Jangkaannya bilik ini akan diberikan untuk kegunaan pelajar puteri bersama unit majalah pembina sekolah . Diharapkan pusat akses ini akan memberikan faedah untuk pelajar keseluruhannya disampingkan membudayakan ICT di sekolah . Hari ini juga pelajar tingkatan 1 dan 2 mula menjalani peperiksaan pertengahan tahun . Sekolah juga dimaklumkan mendapat peruntukan tambahan dari pembangunan negeri untuk mengecat keseluruhan bangunan akademik , dewan sekolah , dewan makan dan sebahagian blok kemahiran hidup . Terima kasih kepada Datuk Alias seorang bapa kepada pelajar 2 Alfa yang bermurah hati mengusahakan permohonan sekolah .

1 comments:

Anonymous said...

jom gi gegamai kat bilek akses ni...