Pages

Saturday, April 27, 2013

Majlis Anugerah Cemerlang & Hari Asrama Terbuka 2013


 Majlis Anugerah Cemerlang 2013 diadakan pada 27 April 2013 bagi meraikan para 81 orang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012 dan 54 orang pelajar cemerlang SPM 2012.  Tetamu kehormat pada tahun ini ialah  Yg. Bhg. tan Sri Dr. Ghauth b. Jasmon yang turut sama melancarkan laman web sekolah yang baru iaitu http://muzaffarsyah.edu.my/. Anugerah - anugerah kecemerlangan disampaikan oleh tetamu kehormat, YDP PIBG dan juga YDP Alumni. Pada majlis ini juga disampaikan anugerah kepada panitia - panitia yang cemerlang dalam kedua - dua peperiksaan. Berikut adalah senarai pelajar terbaik PMR dan SPM 2012:
1. PMR - Nur Ain Husna bt. Johan
2. SPM - Muhd Nabil Salim

Sementara itu penerima anugerah Touch the Sky PIBG pula terdiri daripada:
1. PMR - Nur Ain Husna bt. Johan yang menerima sebuah laptop
2. SPM - Adlina Rahim yang menerima sebuah iPad

Pada hari ini juga diadakan Hari Asrama Terbuka 2013. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana telah dapat menghias dan mencantikkan kamar masing - masing.

No comments: