Pages

Thursday, May 3, 2012

Hari Anugerah Cemerlang & Asrama Terbuka 2012

Hari Anugerah Cemerlang & Asrama Terbuka 2012 telah diadakan pada 28 April 2012. Semua pelajar cemerlang tingkatan 1,2 dan 4 2010 telah menerima hadiah yang disampaikan oleh ibubapa masing-masing. Sementara itu seramai 105 pelajar cemerlang PMR 2011 telah menerima anugerah daripada YDP PIBG, En. Roslan Mat Nong dan YDP Alumni En. Halim. Tetamu kehormat MAC 2012 Yang Berhormat Datuk Hj. Naim b. Abu Bakar, Pegawai Kewangan Negeri, Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan, Negeri Melaka telah menyampaikan anugerah kepada 51 orang pelajar cemerlang SPM 2011. Pelajar Terbaik PMR 2011 ialah Nur Hidayatul Nadia binti Hasmi sementara pelajar terbaik SPM 2011 ialah Meor Akhmal Ezuddin b. Meor Hashimi.

Hari Terbuka Asrama telah diadakan pada hari yang sama dimana para pelajar dan ibu bapa berpeluang untuk melihat kamar - kamar di asrama putera dan puteri. Para pelajar dan guru rumah masing - masing telah menghias kamar dan penilaian sempena hari Asrama Terbuka akan dijalankan selama seminggu. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada MOZAC kerana telah terpilih ke peringkat ketiga penilaian Anugerah Asrama Terbilang 2012 (AAT) yang akan diadakan pada minggu hadapan.

1 comment:

fakirkelana said...

cemerlang gemilang terbilang Mozac ku sayang.......