Pages

Thursday, May 3, 2012

Semalam yang Sibuk ....

Pada 2 Mei telah berlangsung satu Proses Pembelajaran Secara Sidang Video Sempena Pendaftaran Murid Baru di SMS Batu Pahat.Sidang Video ini melibatkan empat buah sekolah iaitu di antara Sek Tun Fatimah Johor Bahru, Sek Seri Puteri Cyberjaya , MOZAC, dan juga SMS Batu Pahat. Proses Pembelajaran Sidang Video ini bermula jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi dan dikendalikan oleh Guru Cemerlang dari ketiga-tiga sekolah di sekolah masing-masing dan melibatkan matapelajaran Additional Mathematics.
Selepas sesi pembelajaran itu ketiga-tiga sekolah telah menyaksikan Siaran langsung Majlis Perasmian SMS Batu Pahat melalui sidang video ini. Tetamu Kehormat ialah YB Dr Hj Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Didalam majlis tersebut YB telah menjawab beberapa persoalan melibatkan SBP dan kelengkapkan sidang video yang dikemukan oleh pelajar-pelajar SBP dari ketiga-tiga sekolah. Majlis berakhir pada jam 10.50 pagi.


Pada jam 11.00 pagi  pula MOZAC telah menerima Lawatan Penandaarasan dari Majlis Pengetua-Pengetua Daerah Johor Bahru . Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi pengalaman ke arah melahirkan Sekolah Berprestasi Tinggi.


Sementara itu Asrama MOZAC juga telah dipantau untuk Anugerah Asrama Terbilang  tahun 2012 oleh JNJK negeri melaka dan pegawai-pegawai dari BPSBPSK. Didoakan tahun ini MOZAC boleh mendapat anugerah ini.

No comments: