Pages

FRSIS 2012: Ucapan Dato' Zuraidah Atan





Pada pukul 3 petang 28 Mac 2012, Dato' Zuraidah Atan telah tiba untuk menyampaikan ucapan bertajuk Cultural Diversity Promotes Mutual Respect kepada semua delegasi bertempat di Dewan Sultan Muzaffar Syah, Melaka. Ketibaan beliau di sambut oleh paluan kompang dan bunga manggar serta pencak silat. Sebelum acara bermula telah diadakan pertunjukan fesyen pakaian - pakaian kaum utama di Malaysia oleh para pelajar MOZAC dan sebahagian peserta simposium. Pada sebelah petangnya pula, para peserta yang terlibat telah membuat persediaan untuk Majlis Makan Malam Rasmi di seri Bendahara, kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka.

0 comments: