Pages

Sunday, April 1, 2012

FRSIS 2012 -Majlis Makan Malam Rasmi







Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam telah bermurah hati untuk menaja Makan Malam sempena FRSIS 2012 MOZAC. Majlis yang dihadiri oleh Tuan Hj. Rosland Hussein, Pengarah BPSBPSK, Pengarah Pelajaran Melaka,pegawai -pegawai BPSBPSK pengetua - pengetua SBP dan lain - lain tetamu jemputan. Pada majlis tersebut, Ketua Menteri melaka telah mengalu - aluakn kedatangan semua delegasi tempatan dari seluruh negara dan juga delegasi antarabangsa. Dalam ucapan beliau menegaskan bahawa melawat Melaka bererti melawat Malaysia kerana di Melaka lah segalanya bermula. Pda malam tersebut telah diadakan pertunjukan kebudayaan sesuai dengan tema simposium Global Culture Generates World Unity.





Persembahan kebudayaan tersebut telah sama - sama dijayakan oleh para pelajar MOZAC, peserta dari Netherlanbd, Thailand, India dan Australia. Kesemua peserta yang hadir telah memakain pakaian tradisional negara masing - masing. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan dari ISMA. Di majlis yang sama telah disampaikan cenderamata kepada semua wakil guru antarabangsa dan juga sijil kepada 15 orang pelajar yang berjaya mendapat Gold Awards dan yang akan membuat pembentangan bersama - sama peserta luar negara.





No comments: