Pages

Sunday, April 1, 2012

Upacara Penutup FRSIS 2012




FRSIS 2012 MOZAC melabuh tirai pada malam 30 Mac 2012. Tetamu kehormat pada malam tersebut ialah Tn. Hj. Rosland Hussein, Pengarah BPSBPSK. Acara dimulakan dengan tayangan video imbasan aktiviti simposium sepanjang 5 hari di MOZAC dan Puteri Resort.Seorang peserta antarabangsa, Margarida Guilherme telah menyampaikan ucapan bg pihak delegasi antarabangsa. Beliau juga telah berpantun pada akhir ucapan beliau dan mendapat tepukan gemuruh dari para tetamu. Deklarasi resolusi Simposium telah disampaikan oleh 2 orang peserta simposium diikuti dengan penyerahan resolusi oleh robot XTROBOT kepada Tn. Hj Rosland Hussein. Robot tersebut adalah hasil usaha pelajar dan guru MOZAC dengan kerjasama ILP. Tuan Pengetua , Tn Hj. Hassan Topit telah menyampaikan ucapan alu aluan diikuti dengan ucapan penutup dari tetamu kehormat. Sebuah lagi robot muncul di pentas membawa komputer tablet untuk ditandatangani oleh tetamu kehormat sebagai gimik penutupan. Montaj penutup ditayangkan dan Sekolah Seri Puteri , Cyberjaya (SSP) telah dipilih sebagai hos untuk FRSIS 2013. Sijil dan cenderamata kepada semua delegasi dari semua SBP dan antarabangsa telah juga disampaikan.




Upacara penutup diteruskan di Dataran Tun Mamat dengan meraikan semua tetamu dengan makanan tradisional Malaysia iaitu sate. Semua tetamu dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dari para pelajar MIZAC dan juga antarabangsa seperti dari Republic Czech, Laos, Brunei dan Indonesia. FRSIS 2012 MOZAC melabuh tirai dengan joget lambak yang disertai oleh tuan pengetua dan guru - guru antarabangsa. Tahniah buat MOZAC atas penganjuran terbaik FRSIS!


No comments: