Pages

Sunday, April 1, 2012

FRSIS 2012 - Workshop, Knowing Me Knowing You Session dan Melaka Heritage Tour








FRSIS 2012 MOZAC juga dipenuhi dengan acara - acara lain seperti Workshop, Knowing Me Knowing You Session dan Melaka Heritage Tour. Pada petang Khamis 28 Mac telah diadakan suatu bengkel bagi membincangkan dapatan dari ucaptama dan perbincangan resolusi simposium. Selepas bengkel tersebut semua delegasi telah dibawa ke bandar Hilir untuk melawat Melaka - Melaka heritage Tour. Acara lawatan bebas selama 5 jam ini membolehkan para peserta simposium melawat Melaka dan tempat - tempat menarik di bandar Hilir. Para peserta juga berpeluang menaiki Menara Taming Sari dan menaiki Melaka River Cruise. Aktiviti terakhir simposium ialah sharing session - Knowing Me Knowing You pada petang Jumaat , 30 Mac 2012. Di sesi ini semua pelajar berpeluang untuk menerangkan tentang adat dan budaya masing - masing. Mereka berkongsi cerita, pengalaman dan saling cuba memahami adat budaya masing - masing untuk pencapai kesepakatan dunia seperti yang diharapkan. Di akhir sesi, semua para pelajar bertukar - tukar cenderahati sesama mereka. Diharapkan dengan sesi ini semua peserta akan lebih memahami antara satu sama lain dan tema FRSIS 2012 MOZAC iaitu Global Culture Generates Global Unity tercapai.



No comments: