Pages

Friday, January 6, 2012

Program Membudayakan Al Quran


Selaras dengan transformasi SBP, MOZAC buat julung kalinya mengadakan program Membudayakan Al Quran. Program ini dijalankan pada pada setiap hari jumaat bermula pada jam 7.10 pagi untuk pelajar dan 7.20 pagi untuk guru-guru. Panitia Pendidikan Islam telah diberi tanggungjawab untuk menjayakan program ini supaya semua guru dan pelajar MOZAC dapat bersama-sama membaca Al-Quran dan terjemahannya serta mengupas intipati dari ayat-ayat yang dibaca. Program ini sangat bermanafaat kepada seluruh warga sekolah.
Intipati Program tersebut adalah seperti berikut
PROGRAM PEMBUDAYAAN AL-QURAN
SIRI I: IKHLAS DALAM BEKERJA

AYAT BACAAN: SURAH AZ-ZAARIAT AYAT 40 HINGGA 56
FOKUS AYAT : AYAT 56
MAKSUD : “Tidak Aku Jadikan Jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu”

PENGISIAN SANTAPAN ROHANI:
Tujuan Allah menjadikan manusia ialah untuk menjadi hambaNya dan misi hidup manusia ialah menjadi hamba Allah dengan beribadat. Ibadat dalam ayat ini mesti difahami secara holistik dan menyeluruh. Walaupun ruang lingkup hidup manusia ini pendek sahaja namun ruang ruang lingkup ibadat dan tuntutannya amat mendalam. Ia bukan sahaja dalam ibadat fardhu malah ibadat-ibadat umum seperti bekerja.

Kerja dianggap satu ibadah , maka intipati teras ibadah itu mesti bersifat ikhlas. Pendapat Imam Ghazali: “semua manusia binasa kecuali orang berilmu. Semua orang berilmu binasa kecuali yang beramal (iaitu beridadah) Dan yang beramal juga binasa kecuali yang IKHLAS”

Ikhlas merupakan teras dalam melahirkan nilai-nilai murni dalam diri di samping melahirkan nilai integriti, produktiviti dan kualiti.

Cara mengaplikasi ikhlas dalam pekerjaan terbahagi kepada dua pandangan:
i-Pandangan yang percaya bahawa kita mesti ikhlas terlebih dahulu barulah kerja menjadi baik, cekap dan berkesan. Selagi tidak ikhlas, selagi itu hasil kerja tidak akan memuaskan.
ii-Pandangan kedua yang merasakan sebaliknya iaItu kerja baik dulu, baru ikhlas akan tercapai.

Jadi manakah paling tepat, realistic dan praktikal?
Kelebihan bekerja dengan ikhlas:
i-Mendapat kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran
ii-Hasil kerja berkualiti dan produktif
iii-Hubungan harmoni sesama rakan sekerja
iv-Taat orang atasan dan hormati orang bawahan
v-Terhalang daripada melakukan penyelewengan
vi-Yakin dan berani menyatakan pandangan dan pendirian

Kesimpulannya, orang yaNg ikhlas bekerja tidak akan mudah diperdaya syaitan dan dibelenggu dengaN tuhan-tuhan kecil yang menjajah tindakan dan fikiran. Keihklasan adalah harta yang sangat berharga yang dikurniakan oleh Tuhan kepada hamba pilihanNya. Justeru, hendaklaH kita tanamkan sifat ikhlas dalam diri supaya pekerjaan yang kita lakukan setiap hari bertepatan denga Surah Az-Zaariat ayat 56.

1 comment:

Md. Ishak Said said...

kat Johor memang wajib diadakan program ni...