Pages

Wednesday, December 19, 2007

Fakta Keputusan PMR 2007

Seramai 469,133 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dan daripada jumlah itu, 437,888 calon atau 93.3 peratus adalah dari sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran.
Kira-kira 17,771 calon atau 3.8 peratus merupakan calon sekolah kerajaan negeri, 13,095 (2.8 peratus) calon sekolah swasta dan 379 (0.1 peratus) calon persendirian.
Sebanyak 3,376 pusat peperiksaan telah disediakan di seluruh negara.

27,668 orang (5.9%) berjaya memperoleh GRED A dalam semua subjek, atau daripadanya sejumlah 24,582 (5.2%) calon sekolah kerajaan .Seramai 3,073 (9A) ,16,547 (8A) dan seramai 4,962 (7A)dicapai oleh calon sekolah kerajaan.
Calon Kolej Yayasan Saad,Melaka seramai 60 orang lulus 100% semua A .Kolej Tunku Kurshiah Seremban mencapai 88.6%(101 orang) lulus semua 8A.
DiMelaka seramai 873 daripada 14,380 pelajar yang menduduki PMR mendapat semua A .Daripada jumlah itu seramai 142 pelajar mendapat 9A, 8A (591 orang) dan 7A (140 orang).
Sekolah Sains Muzaffar Syah dengan 77 calon (61.68%) lulus semua A iaitu menyumbang sebanyak 8.82% kepada pencapaian semua A Negeri Melaka.Sekolah kita mengekalkann pencapaian tempat pertama dinegeri Melaka.Tahniah

No comments: