Pages

Minggu Pertama & Kedua Oktober

Minggu pertama bulan Oktober dimulakan dengan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2011 yang bermula pada 4 - 10 Oktober di dewan Sultan Muzaffar Syah, Ayer Keroh Melaka. Seramain 124 calon mengambil peperiksaan PMR pada tahun ini. Selamat berjaya diucapkankan kepada batch Revolution semoga beroleh kejayaan cemerlang dan mencapai target sekolah. SBP dan SBT pada tahun ini.













Para pelajar tingkatan 5 pula mengadakan program Immersion bersama MRSM Tun Ghafar Baba bermula pada 10 - 13 Oktober yang melibatkan guru2 dan pelajar - pelajar tingkatan 5 kedua - dua buah sekolah. Program immersion ini melibatkan seramai 588 orang pelajar dan 10 subjek. Diharapkan para pelajar kedua buah sekolah dapat bertukar - tukar fikiran/teknik belajar dan teknik menjawab yang betul dan seterusnya beroleh kecemerlangan dalam SPM 2011.


1 comments:

Ummu Hasanah said...

Salam,
Patutlah result dua buah sekolah ini antara yang terbaeekkkk!

Syabas MOZAC!