Monday, September 26, 2011
Hujung Minggu yang Sibuk di MOZAC
Pada 23 - 25 September 2011,para pelajar tingkatan 3 telah mengadakan satu lagi program immersion dengan SBPI Gombak. Immersion akhir ini melibatkan 5 matapelajaran iaitu Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Science.
Sementara itu para pelajar tingkatan 5 pula menjalani Mock Interview dengan kerjasama pensyarah - pensyarah dari UTEM pada 24 September 2011. Para pelajar didedahkan tentang tatacara menghadiri temuduga dan menghadiri satu simulasi temuduga. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tingkatan 5 pada masa hadapan.
Pada petang 24 September 2011 pula diadakan suatu perlawanan ragbi persahabatan antara pemain - pemain ragbi sekolah dengan bekas pemain ragbi sekolah. Terimakasih diucapkan kepada semua bekas pemain ragbi sekolah yang hadir bagi menyokong program Ekspedisi ke Puncak Kinabalu 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment