Pages

Saturday, September 10, 2011

Program Immersion MOZAC Lagi


Pada 9 - 11 September pelajar tingkatan 5 menjalani aktiviti immersion
Pelajar - pelajar tingkatan 5, SMK Vokasional Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah telah mengadakan program immersion bersama MOZAC bermula pada 9 - 11 September 2011. Program ini melibatkan 5 subjek teras iaitu Matematik, Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Sejarah.
Dengan program ini, di doakan kecemerlangan akan dicapai oleh kedua-dua sekolah dalam Peperiksaan SPM 2011.Guru - guru dari SMK V Datuk Seri Mohd Zin juga telah sama turun padang untuk menjayakan program ini. Pada hari Jumaat, para guru SMK V Datuk Seri Mohd Zin telah mengadakan lawatan benchmarking ke MOZAC.

Pada hari Sabtu 10 September 2011, seramai 40 orang pelajar dari SMK Ayer Molek telah mengadakan program serupa untuk subjek Sains di MOZAC dari pukul 8 pagi - 4.30 petang. Para pelajar tingkatan 3 MOZAC baru sahaja pulang dari Tiara Beach Resort untuk program Pecutan Akhir PMR selama 4 hari 3 malam di sana. Pihak sekolah membelanjakan sebanyak RM 23,000 dari peruntukan SBT untuk program ini. Diharapkan para pelajar PMR MOZAC 2011 (Revolution) akan berjaya dengan cemerlang pada PMR 2011.

No comments: