Pages

Friday, September 23, 2011

Minggu ke 2 & 3 @ MOZAC

Pada minggu ke 2 dan 3, para pelajar tingkatan 5 (Superism) menduduki Peperiksaan Percubaan Negeri Melaka yang bermula dari 12 - 23 September 2011. Ini merupakan peperiksaan percubaan kali kedua yang di duduki oleh mereka. Diharapkan semua para pelajar batch Superism akan menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan pada kali ini.Semoga kesemua pelajar akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2011.

Seperti biasa, MOZAC tetapm sibuk dengan pelbagai aktiviti di hujung minggu. Seramai 13 orang pelajar tingkatan 5 MOZAC telah menyertai program Perfect Score di Saujana Asahan, Melaka. Program tahunan yang di kendalikan oleh STF pada tahun ini, mengumpulkan para pelajar cemerlang untuk satu program bagi subjek elektif. Diharapkan kesemua 13 orang pelajar ini dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi dengan para pelajar lain.

Pada 19 - 22 September 2011, MOZAC telah menghantar 4 orang pelajar untuk mewakili zon selatan dalam Karnival Pendidikan Kerjaya SBP, Peringkat Kebangsaan 2011 di sek. men. Sains Pokok Sena, Kedah. Karnival anjuran BPSBPSK, KPM memberi peluang kepada semua SBP yang mendapat tempat pertama dan kedua di Zon masing - masing untuk bertanding di peringkat Kebangsaan.MOZAC mewakili Zon Selatan dalam Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya. Para pelajar tingkatan 4 yang terlibat adalah:
1. Adibah Husin
2. Aisyah Humairaq Mohd zairi
3. saiful anuar a/l Singar
4. Muhammad Danial Zainuddin

No comments: