Pages

Friday, August 19, 2011

Majlis Berbuka Puasa bersama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pada 18 Julai 2011, MOZAC dikunjungi oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Hj. Zahri b. Aziz untuk suatu majlis berbuka puasa. Majlis bermula seawal pukul 6 petang dengan ketibaan tetamu - tetamu kehormat dan guru - guru. Majlis turut disertai oleh beberapa orang pegawai pegawai dari KPM dan dari Jabatan Pelajaran Melaka, PPD, PIBG serta ALUMNI MOZAC. Majlis dimulakan dengan ucapan alu aluan dari Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Rosnah Osman dan diikuti dengan ucapan dari Tn. Hj Kholil Muhamad yang mewakili Pengarah BPSBPSK. Setelah selesai majlis berbuka puasa, semua tetamu menunaikan solat Maghrib di hadapan astaka. Dalam ucapan beliau, Dr. Hj. Zahri Aziz mengingatkan semua guru tentang tanggungjawab yang perlu dipikul untuk melahirkan bakal pemimpin negara. Beliau mengucapkan tahniah kepada warga MOZAC diatas semua kejayaan yang telah dicapai dan mengingatkan para pelajar agar menggunakan peluang yang ada di SBP untuk terus menjana kecemerlangan.Selesai solat terawih dan moreh, semua pelajar lelaki telah berpeluang untuk bersalaman dan beramah mesra dengan beliau dan tetamu kehormat yang lain.

1 comment:

Md. Ishak Said said...
This comment has been removed by the author.