Tuesday, July 19, 2011
Program - program Immersion MOZAC
Pelajar - pelajar tingkatan 5 SMAP Labu telah mengadakan program immersion bersama MOZAC bermula pada 15 - 17 Julai 2011. program ini melibatkan 5 subjek iaitu Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan juga Sejarah.
Pada 23 Julai pula akan diadakan program SBT Coaching & Mentoring dengan pelajar - pelajar SMK Teknik Bukit Piatu yang melibatkan subjek Additional Mathematics
Para pelajar tingkatan 3 pula telah mengadakan program SBT Coaching & Mentoring Matematik dengan 100 orang pelajar - pelajar Sek. Men. Tinggi Perempuan Melaka pada 16 Julai 2011.
Bermula pada 18 - 20 Julai, suatu program Immersion bersama pelajar SDAR telah diadakan melibatkan beberapa subjek seperti Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan Sejarah. Para pelajar tingkatan 3 MOZAC telah bermalam di SDAR untuk program ini.
Sementara itu MOZAC terus menerima 8 orang lagi pelajar dari Sek. Men. Sains Sultan Iskandar untuk program immersion dalam bilik darjah.
Semoga program ini memberi impak positif kepada para pelajar tingkatan 3 & 5 MOZAC serta sekolah - sekolah yang terlibat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment