Pages

Wednesday, July 20, 2011

Jasamu Dikenang


Pada hari ini 20 Julai 2011 telah diadakan satu perhimpunan khas untuk tuan pengetua yang akan bertukar ke ASIS berkuatkuasa 25 Julai 2011. Majlis dihadiri oleh YDP PIBG, YDP Alumni MOZAC, bekas - bekas pelajar, guru- guru, para pekerja dan semua pelajar MOZAC. Pada perhimpunan ini para guru, pelajar, PIBG, Alumni MOZAC telah menyampaikan hadiah sebagai tanda ingatan kepada tuan pengetua. Dalam ucapan beliau yang berbentuk pantun, En. Baharuddin Burhan telah menyampaikan pesan, nasihat dan amanat yang perlu diteruskan oleh warga MOZAC. Terimakasih diucapkan kepada beliau kerana telah menerajui MOZAC selama 6 tahun 6 bulan dengan jayanya. MOZAC mengucapkan Selamat Bertugas di tempat baru - Jasamu dikenang.

No comments: