Pages

Saturday, July 9, 2011

Program Hujung Minggu










Sempena Bulan Membaca dan bulan Bahasa, guru- guru bidang Bahasa mengadakan suatu program iaitu Simultaneous Multilingual Public Speaking Marathon. Selama 4 jam para pelajar tingkatan 1,2 dan 4 serta guru - guru Bahasa berpeluang untuk membuat pengucapan awam dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Perancis secara serentak. Diharapkan para pelajar mendapat faedah dari program ini untuk memiliki keyakinan dalam menyampaikan pengucapan awam secara baik.
a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3NTnuFcKI0Bik0WfLKidYmbmR7DJTlf1htuNtjtEewzEeoHfbpUNQ0VMrc1oAqH8fOYSQ9cDnNRV24gzPuEx5LkBfv6GdZF1x-d7ho7eAL5dqaRvZrIVqd-iHAUJLgv9EOMOCJGXmOJg/s1600/DSC08916.JPG">








Sementara itu beberapa bekas pelajar batch 2005 mengadakan program motivasi dengan para pelajar tingkatan 5 di Dewan Makan. Mereka berkongsi pengalaman tentang pelbagai perkara. Terima kasih diucapkan kepada bekas pelajar yang sudi kembali ke sekolah dan mengadakan program seumpamanya.









Di Makmal Bahasa pula berlangsung Bengkel Bahas yang juga diadakan oleh beberapa orang bekas pelajar yang merupakan bekas pembahas sekolah. Seramai 30 orang pelajar MOZAC mengikuti bengkel ini. Terimasih juga dirakamkan kepada semua yang terlibat khasnya bekas pembahas sekolah. Diharapkan lebih ramai bekas pelajar tampil untuk mengadakan program dengan pelajar - pelajar MOZAC.

No comments: