Pages

Friday, June 24, 2011

Sijil - sijil Penghargaan KPM 2011

Sempena Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) kali ke 38 di Kolej Tunku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan, MOZAC telah menerima beberapa sijil penghargaan KPM. Berikut adalah senarai anugerah yang telah diperolehi oleh sekolah:

1. Anugerah Keputusan Cemerlang PMR 2010
2. Anugerah GPS mengatasi norma Sekolah Kluster Kecemerlangan PMR 2010
3. Anugerah Perak pencapaian semua matapelajaran straight A's PMR 2010
4. Anugerah Perfect Score matapelajaran Kebitaraan Matematik PMR 2010
5. Anugerah Khas - 100 % gred A matapelajaran Matematik PMR 2010
6. Anugerah Khas - 100 % gred A matapelajaran Kemahiran Hidup Pilihan 2 PMR 2010.
7. Anugerah Emas pencapaian matapelajaran teras SPM 2010
8. Anugerah Perak pencapaian GPS Keseluruhan SPM 2010
9. Anugerah Gangsa pencapaian matapelajaran Sains Tulen SPM 2010
10.Anugerah Khas - 100 % gred A matapelajaran Bahasa Melayu SPM 2010
11.Anugerah Khas - 100 % gred A matapelajaran Pendidikan Moral SPM 2010
12.Anugerah Khas - 100 % gred A matapelajaran Prinsip Akaun SPM 2010

Tahniah diucapkan kepada semua warga MOZAC. Semoga pencapaian ini menjadi penyuntik semangat agar MOZAC menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa - masa akan datang.

No comments: