Pages

Monday, May 2, 2011

Majlis Sambutan Mozac 35 Tahun

Majlis Sambutan MOZAC 35 tahun ( 1976 - 2011) yang dianjurkan oleh ALUMNI MOZAC telah berlangsung di Hotel Palace of Golden Horses, Jalan Kuda Emas, Mines Resort City, Seri Kembangan pada 1 Mei 2011 dengan gilang gemilang.
Seramai lebih kurang 500 tetamu yang terdiri daripada Ex -MOZAC batch 1976 - 1990 telah hadir. Turut menerima jemputan ialah guru-guru yang pernah mengajar di MOZAC. Antara guru yang hadir ialah En Jaffar Kassim, En Razak Rahman, Tn Hj Rani Moktar, Tn Hj Mohd Abu dan Pn Hjh Rosnani, En Ong Chong Wee dan Isteri, Pn Fatimah Ahmad, En Ahmad bin Ngadi, Pn Lim Sip Neo, Pn Hjh Sharifah Asmak, Pn Fatimah Amat , Pn Rosiah Jantan dan Pn Kamariah Md Noor.
Aturcara Majlis adalah seperti berikut
2.00 petang - Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah
2.05 Petang - Bacaan doa oleh A. Hamid Bin Ismail (SPM 1977)
- Ucapan Cik Rosnah Osman (mewakili pengetua MOZAC)
- Ucapan En Ali Kasmin (YDP Alumni MOZAC)
- Tayangan Slaid
- Pertunjukan Silat
- Nyanyian Amal/Ucapan terbuka/Cabutan bertuah
- Penyampaian Cenderamata
- Ucapan Penutup

Dalam Majlis ini ALMUNI MOZAC telah menyumbangkan Set Baju T berjenama Canterbury untuk kelengkapan Pasukan Ragbi Sekolah.Dengan bertemakan MENGGAMIT KENANGAN , MENCIPTA RANGKAIAN dapatlah pihak sekolah mengumpulkan Towering Personality Sekolah iaitu salah satu Annex SBT. Pihak Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan Ex- Mozac itu. Semoga dengan sumbangan yang diberikan akan lebih cemerlang MOZAC di persada dunia.


-

No comments: