Pages

Tuesday, May 3, 2011

Johan Keseluruhan Sekolah Menengah Karnival Kerjaya Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Melaka 2011



Pada 30 April 2011 (Sabtu) telah diadakan Pertandingan Karnival Kerjaya Sains dan Teknologi 2011 di SK Tanjung Minyak, Melaka. Sebanyak 6 acara yang dipertandingkan dan pelajar MOZAC telah menyertai kesemua pertandingan tersebut. Seramai 29 orang pelajar terlibat dalam pertandingan tersebut. Antara pertandingan yang disertai ialah :
1. Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya
Tempat Ke-2 Negeri – daripada 7 kumpulan
2.Pertandingan Melukis Kain Rentang
Tempat Ke-3 Negeri – daripada 15 kumpulan
3.Pertandingan Sketsa Kerjaya
Tempat Ke-3 Negeri – daripada 8 kumpulan
4.Pertandingan Membina Media Maklumat
Tempat Ke-5 Negeri – daripada 8 kumpulan
5.Pertandingan Melukis Poster
Tempat Ke-6 Negeri – daripada 15 peserta
6.Pertandingan Membina Media Maklumat
Tempat Ke-7 Negeri – daripada 12 kumpulan

Alhamdulilah, MOZAC telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Sekolah Menengah Karnival Kerjaya Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Melaka 2011 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta pertandingan.

No comments: