Pages

Tuesday, March 8, 2011

Perkongsian Pintar MOZAC

Tiga perkongsian pintar antara MOZAC dan institusi pengajian tinggi telah diadakan. Perkongsian pintar ini melibatkan para pelajar , guru serta pensyarah dari ketiga - tiga intitusi pengajian tinggi tersebut.
Perkongsian pintar tersebut adalah diantara:
>

1. MOZAC & UTeM
Program Immersion bersama para pelajar tingkatan 5 dan mahasiswa UTeM ini melibatkan Panitia Matematik Tambahan dan juga Panitia Fizik. Seramai 80 orang mahasiswa dari 6 fakulti UTeM ( PRS UTeM) hadir pada setiap hari Rabu mulai 9 Feb - 23 Mac, untuk membimbing para pelajar MOZAC dan juga 30 orang pelajar Tingkatan 5 dari SMK Ayer Keroh dalam kedua - dua subjek. 5 -10 orang pelajar UTeM juga membantu ahli Kelab Rekacipta untuk sumbangsaran tentang tajuk projek rekacipta dan membantu menyelia projek. Program ini juga sebahagian daripada program mentoring MOZAC bersama sekolah harian biasa di Melaka. Mentor Kluster UTeM, Professor Madya Dr Hjh Hanipah Hussin turur terlibat dalam program ini.

2. MOZAC & UM
Telah diadakan pada 11 - 13 Feb yang melibatkan semua ketua tingkatan, penolong ketua tingkatan dan ketua dorm dan juga Kelab Mahasiswa Kolej Ungku Aziz, UM seramai 40 orang. Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling ini melibatkan aktiviti seperti LDK, Perbincangan, Explorace & Pembentangan

3. MOZAC & UIAM
Pada 4 - 5 Mac pula 37 mahasiswa Fakulti Sains & Matematik UIAM bersama Prof. Madya Dr. Noor Lide Abu Kassim telah mengadakan satu program bersama - sama para pelajar tingkatan 3 MOZAC. Antara objektif program adalah untuk berkongsi kaedah - kaedah P&P berkesan/efektif, berkongsi cara - cara mengendalikan kelas dengan baik dan kreatif bersama mahasiswa- mahasiswa terbabit. Para pelajar MOZAC juga berpeluang untuk mengetahui cara dan gaya pembelajaran di universiti melalui program seperti mind-setting, matlamat hidup dan life long learning


Jutaan terimakasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan diharapkan lebih banyak program seumpamanya dapat dijalankan bersama - sama IPTA?IPTS yang lain - Bersama Menjana & Melestarikan Kecemerlangan.

No comments: