Pages

Thursday, March 3, 2011

Program pengantarabangsaan Ke Vietnam

Program Perkongsian Pintar dalam Bidang Sains dan Teknologi ini telah berlangsung dari 26 Feb 2011 (Sabtu) hingga 1 Mac 2011(Selasa).Seramai 25 orang pelajar iaitu 11 perempuan dan 14 lelaki telah menyertai program ini di Le Hong Phong School for Gifted Students. Sementara itu seramai 9 orang guru dari Bidang Sains dan Matematik serta Bidang Teknik dan Vokasional telah mengiringi pelajar tersebut. Turut sama ialah Ketua Sektor Pembanguan Kemanusiaan dan Kepemimpinan BPSBPSK iaitu Tn Hj Kholil Bin Mohamad. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meninjau pembelajaran pelajar pintar, menjalankan kajian R&D dalam bidang Sains dan Teknologi. Program telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang dan banyak memberi manfaat kepada dan guru.

No comments: