Pages

Wednesday, February 16, 2011

Johan Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah Peringkat Negeri


Seramai 4 orang ahli Kelab Pengguna MOZAC iaitu:
1. Mohd Faqih Mohd Jaafar
2. Nurul Nadia Omar
3. Raz Deeyana Ramlah
4. Imran Khairulezuan
telah menyertai pertandingan menghasilkan produk pengguna dari bahan terbuang pada bulan Oktober 2010. Mereka telah terpilih sebagai peserta peringkat akhir pertandingan tersebut yang diadakan pada hari ini 16 Februari 2011. Mereka telah membuat pembentangan di Pejabat Pengguna di Wisma Persekutuan , MITC, Ayer Keroh. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka kerana telah berjaya menjadi JOHAN pertandingan tersebut dan akan mewakili Melaka ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan pada 27 Februari - 1 Mac 2011 di Sepang, Selangor. Sekalung tahniah dan semoga berjaya diucapkan kepada pasukan Kelab Pengguna MOZAC ini serta guru pengiring En. Ismail Muhammad. Warga MOZAC mendoakan semoga mereka terus cemerlang demi mengharumkan nama MOZAC di peringkat Kebangsaan nanti.

No comments: