Thursday, November 11, 2010
Program Pengantarabangsaan Ke Beijing, China
Pada 5 - 10 November, seramai 25 orang pelajar dan 9 orang guru MOZAC telah menyertai program Pengantarabangsaan ke Beijing, China. Antara objektif program ialah ubtuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memberi peluang kepada para pelajar untuk bertutur dengan penutur jati Bahasa Mandarin. Rombongan telah disertai oleh Pengarah BPSBPSK, Puan Ashah Samah dan 2 orang pegawai BPSBPSK. Di Beijing para pelajar telah membuat persembahan di Beijing Foreign Language School (BFLS) dan juga berkesempatan bertemu dengan para pelajar China yang mempelajari Bahasa Melayu di Foreign Language University (BFSU). BPSBPSK dan MOZAC telah merintis kerjasama dengan BFSU dalam pertemuan dengan Prof Wu Zang Yu & Prof. Dr.Awang Sarian. Selain daripada itu para peserta rombongan telah dapat melawat tempat - tempat bersejarah dan menarik di Beijing seperti The Summer's Palace, Great Wall of China, The Forbidden City, Tian An Men Square dan Birdnest Olympic Stadium. Selain membuat persembahan di peringkat antarabangsa, para pelajar juga akan menghasilkan beberapa jenis penulisan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagi melahirkan pemimpin bertaraf dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
terima kasih kepada guru-guru muzaffar syah kerana memberi peluang kepada kami(pelajar-pelajar ke beijing) untuk menyertai program ini.
Post a Comment