Pada 11 November 2010 seramai 200 pelajar dan 8 orang guru dari Nanyang Girls High School, Singapore telah melawat sekolah dan mengadakan program bersama para pelajar tingkatan 3 . Ini merupakan lawatan kedua mereka ke Melaka & MOZAC pada tahun ini. Program tersebut adalah berbentuk kebudayaan seperti tarian, permainan batu seremban, menganyam ketupat, ting-ting dan captei. Selepas makan tengahari, mereka telah dibawa ke Kg Bukit Katil untuk merasai suasana perkampungan Melayu. Terimakasih kepada JKKK Kg Bukit Katil & penduduk kampung atas kerjasama yang diberikan.
No comments:
Post a Comment