Pages

Thursday, July 1, 2010

Program Jejak Prestasi

Satu program yang dinamakan Jejak Prestasi akan diadakan pada 2 julai mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Semua ibubapa penjaga dialu-alukan kedatangannya. Semuga kedatangan ibubapa akan memberi motivasi kepada anak-anak agar mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Surat Jejak Prestasi



Ruj. Kami : SMSMS/100-8/8
Tarikh: 27 Mei 2010


Kepada
Ibu bapa/Penjaga Semua Pelajar

Tuan/Puan,

PROGRAM JEJAK PRESTASI 2010

Perkara di atas dirujuk dengan sukacitanya.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah akan mengadakan satu perjumpaan antara guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan dengan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untuk menghadiri majlis ini pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 2 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tgh
Tempat : Kelas masing-masing

3. Untuk makluman pihak tuan/puan, keputusan peperiksaaan akan diberikan pada perjumpaan tersebut. Tuan/puan juga digalakkan supaya berjumpa dengan guru-guru mata pelajaran bagi membincangkan prestasi anak-anak tuan/puan.

4. Pihak sekolah berharap agar tuan/puan dapat meluangkan masa untuk menghadiri program ini dan mematuhi masa perjumpaan yang telah ditetapkan bagi melancarkan perjalanan program. Pelajar-pelajar dibenarkan balik bersama-sama dengan ibu bapa /penjaga setelah selesai perjumpaan dan kembali semula ke sekolah pada hari Ahad (4 Julai 2010). Pelajar-pelajar yang ibu bapa/penjaganya tidak dapat hadir hanya dibenarkan balik selepas solat Jumaat jam 3.00 petang.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan menjayakan program ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan amat diharapkan demi kecemerlangan anak-anak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan tugas,



(BAHARUDDIN BIN BURHAN)
Pengetua
Sek. Men. Sains Muzaffar Syah
Ayer Keroh 75450 Melaka.

No comments: