Pages

Pertandingan Lagu Patriotik


Kelab Rukun Negara telah menghantar pasukan koir untuk Pertandingan Lagu Patriotik Peringkat Negeri bagi Sekolah Menengah Tahun 2010. Bertempat di Panggung Seni, Taman Budaya, Ayer Keroh pada 2 Julai 2010 (Khamis). Pasukan koir telah mendapat tempat Kelima dari 8 kumpulan yang bertanding. Ini merupakan satu kejayaan bagi pasukan koir kerana inilah kali pertama sekolah menghantar wakil dan hanya ditubuhkan dalam masa 2 hari. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Guru Pembimbing iaitu Pn. Norliyen Ahmad dan Pn. Hawa Naqiah Makmor atas usaha gigih yang dilakukan. Diharapkan pasukan ini akan mencapai kejayaan cemerlang di masa akan datang.

2 comments:

Liga Remaja Kreatif said...

Salam,

Minta jasa baik hebahkan Liga Remaja Kreatif, sebuah pertandingan anjuran SKMM, KPKK, KPM, RTM Dan Filem Negara untuk pelajar sekolah menengah. Maklumat lanjut di http://www.skmm.gov.my atau http://ligaremajakreatif.blogspot.com. Terima kasih

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah said...

Terimakasih atas makluman