Pages

Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM 2009


Pada tahun ini keputusan SPM diumumkan pada 11 Mac 2010. Para pelajar MOZAC batch 0509 bersama - sama ibubapa masing - masing mula hadir ke sekolah seawal jam 9.30 pagi. Pengetua telah mengumumkan keputusan pada tahun ini di Dewan Sultan Muzaffar Syah pada pukul 11 pagi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar batch 0509 kerana telah sekali lagi mengharumkan nama MOZAC. Secara keseluruhannya, keputusan SPM 2009 telah meningkat dengan Gred purata sekolah (GPS)1.933. Seramai 33 orang pelajar telah mendapat straight As. Seorang pelajar MOZAC iaitu Ahmad Fauzul Amin b. Ayob telah mencapai keputusan paling cemerlang iaitu 9A+. Beliau adalah diantara 26 pelajar cemerlang negeri Melaka yang mendapat keputusan 9A+. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada seluruh warga MOZAC.

Senarai Pelajar Straight As SPM 2009
Keputusan SPM 09- Melaka

5 comments:

.norshuhaida rahim. said...

tahniah :)

NuR HiD@yU AhM@D said...

masyaAllah..
hebatnye mozac skrg..~~
mesti lahir dr cikgu2 yg hebat jgk
:D
mantap!!mabruk..
truskan usehe wahai skolahku

smpena hari ibu ni nak wish slmt hari ibu kepada semua ibu2 terutamanya mak saya Pn.Saripah Ahmad.syg mak~!:D


Nur Hidayu Ahmad,
Sheffield,United Kingdom

cik reen said...

Tahniah!! Tahniah MOZAC. Berkat usaha cikgu2 semua, result SPM mmg gempak betul la!!! to all teachers, keep up the good work!! luv you all.

Unknown said...

salam..tahniah..

huhu..yg cemerlang terus kan..yg kurang2 tue..blajar la lagi..masih ader byk peluang akan dtg...

Huhu..agak risau dgn berita hari nie utk sek2 terbaik...status SBT sgt gerun utk dipikul...

dokterFaryn said...

congrats kepada semua warga MOZAC!

keep up the good work :)

(ex-MOZAC 9599)