Pages

Saturday, March 13, 2010

HKSBP Zon Selatan 2010


HKSBP Zon Selatan pada tahun ini diadakan pada 12 - 15 Mac 2010 bertempat di Sek. Men. Sains Muar. MOZAC telah menghantar pasukan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta pasukan Bola Keranjang Lelaki & Perempuan. Buat pertama kalinya, perbahasan diadakan pada waktu malam. 2 orang pembahas MOZAC iaitu Mohd Azfar Adam dan Thulaja Thesa Vasudevan telah mendapat gelaran pembahas terbaik dalam beberapa perbahasan. Mohd Azfar mendapat gelaran pembahas terbaik di dalam 4 daripada 6 perbahasan manakala Thulaja Thesa menggondol 6 gelaran pembahas terbaik daripada 7 sesi perbahasan .Pasukan bola keranjang memulakan pertandingan pada hari Sabtu.Pasukan bolakeranjang perempuan telah tewas dalam ketiga tiga perlawanan tetapi menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Pasukan Bolakeranjang lelaki terus menjadi pasukan yang digeruni lawan di Zon Selatan apabila hanya tewas di tangan SDAR pada perlawanan akhir.Pada tahun ini sekali lagi pasukan Bahas Bahasa Inggeris dan pasukan Bolakeranjang Lelaki MOZAC berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir.Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi kedua dua pasukan apabila tewas pada perlawanan akhir. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

Keputusan Bahas Bahasa Melayu
Keputusan Bahas Bahasa Inggeris
Keputusan Perlawanan Bolakeranjang Lelaki
Keputusan Perlawanan Bolakeranjang Perempuan

No comments: