Pages

Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin

Pada 27 Januari bertempat di Seri Negeri telah berlangsung Majlis Jamuan Makan Malam Pemimpin bersama PIBG dan guru - guru Institusi Pendidikan DUN Ayer Keroh.Majlis dirasmikan oleh Y. A. B Datuk Seri Haji Mohd Ali b. Mohd Rostam, Ketua Menteri Melaka. Pengarah Pelajaran Melaka, Y. Bhg. Tuan Haji Isa bin Haji Abu turut sama hadir memeriahkan majilis. MOZAC telah diamanahkan untuk menjayakan segmen Persembahan. Para pelajar MOZAC telah mempersembahkan Tarian Selamat Datang, Tarian Melayu dan Nyanyian Solo. Pasukan Kompang sekolah juga telah menyambut ketibaaan Y. A. B Ketua Menteri Melaka. Pada malam tersebut, MOZAC telah merangkul beberapa anugerah:

1. Hadiah Utama/ Hadiah Khas Institute Pendidikan Cemerlang
2. Hadiah Pencapaian Cemerlang dalam Bidang Akademik SM.
3. Hadiah Pencapaian Cemerlang dalam Bidang Kokurikulum SM
4. Hadiah Pencapaian Cemerlang dalam Bidang Sukan SM

Beberapa orang guru MOZAC juga telah memenangi hadiah untuk cabutan bertuah. Tahniah diucapkan.

0 comments: