Pages

Thursday, January 28, 2010

Majlis Makan Beradab Rumah Bendahara 2010

Selaku Rumah Sukan terbaik 2009, Rumah Bendahara mendahului dalam menganjurkan Majlis Makan Beradab pada tahun ini. Tahun ini, format makan beradab telah ditukar dimana hanya ahli- ahli rumah Bendahara sahaja yang menghadiri majlis tersebut. Walaubagaimana pun, majlis menjemput KR & PKR rumah- rumah sukan yang lain beserta Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar Sekolah. Pengerusi Badri Putera & Puteri juga turut dijemput untuk memeriahkan acara.Pelajar telah diberi taklimat pada hari Isnin tentang adab makan, pakaian & perjalanan majlis. Buat julung kalinya, pelajar - pelajar tingkatan 2, telah diberi tugas untuk melayan para tetamu.Sekalung tahniah dan ucapan terimakasih diucapkan kepada semua ahli rumah Bendahara yang berjaya menganjurkan Majlis Makan Beradab walaupun hanya diberi masa 3 hari untuk menjayakannya.Semoga Bendahara berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali kelima berturut -turut.

BRIGHTER, BOLDER, BETTER

No comments: